Home :: Resources

Resources

Nasihat dari Pengarah Ace- Solution Mr.Takada Naoki

Mrs Takada. adalah pengarah syarikat Ace-solution, merupakan pemodal utama syarikat ini.Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang automotive dan bergiat aktif dalam  jual beli kereta baru dan terpakai di utara japan iaitu Sapporo (Hokkaido). Pengalamannya cukup luas dalam bidang automotive, segala permasalahan enjin-enjin kereta, performance kereta2 terpakai terutamanya beliau yang akan membuat pandu uji untuk memastikan setiap kereta yang akan dijual/diserahkan kepada pelanggan betul2 memuaskan keadaan enginenya. Ini kerana prinsip perniagaan yang diamalkan oleh beliau cukup unik, “Kepuasan dan kepercayaan (trust) pelanggan adalah no.1”.Berlainan dengan prinsip sesetengah penjual yang lebih mementingkan keuntungan jualan mereka berbanding kepentingan dan kepuasan pelanggan mereka sendiri.

 Kenapa prinsip ini tetap kuat dan teguh dalam dirinya, kerana setiap pelanggan yang datang membuat belian kereta darinya akan dilayan umpama raja, dan diberikan servis, layanan yang terbaik, dan kereta yang akan diserahkan betul-betul dalam keadaan baik, sehinggakan tiada satu pun claim / aduan dari pelanggan mengadu kereta rosak / menuntut ganti rugi dikemudian hari.Bagi Mr. Takada setiap claim yang datang adalah kerugian baginya, maka beliau berpendapat adalah lebih baik menyediakan servis terbaik diawal penjualan daripada mengundang kerugian di kemudian hari.

Kenapa beliau amat menitikberatkan kepercayaan(nilai murni cukup kuat dalam diri org  jepun) dari pelanggan? Ini  kerana dengan kepercayaan lah setiap perniagaan itu akan berkembang maju, kekal teguh walaupun lebih dari 20 thn bertapak dalam industri ini. ”No trust No money”, pepatah yang kita selalu dengar, maksudnya, kalau kita percaya dan yakin bahawa sesuatu produk tu baik, kita sanggup keluarkan duit untuk mendapatkanya, tapi sebaliknya pula, kalau kita tidak yakin akan sesuatu produk/servis, sanggup kah kita menghabiskan wang semata-mata? Untuk memupuk kepercayaan dalam diri pelanggan, terlebih dahulu kita yang perlu memberi service terbaik untuk membeli kepercayaan tersebut.

Selama ini syarikatnya dikenali bukan kerana cara pengiklanan yang berkesan, tapi kerana iklan/jajaan dari mulut ke mulut (kuchi komi dalam japanese)pelanggannya sendiri. Kenapa Mrs Takada kedekut nak buat iklan?...bukan… Syarikatnya berdiri teguh hasil dari kepercayaan dari setiap pelanggan, pelanggan yang berpuas hati akan kuchi komi kepada rakan-rakan dan saudara-saudara mereka., sehingga pelanggannya makin bertambah saban hari. Inilah satu teknik pengiklanan yang cukup murah kosnya (hanya bersandarkan trust), tetapi cukup berkesan untuk mengukuhkan empayar perniagaan nya.

Pesanan dari Mr. Takada,” yasui mono ~ yasui hinshitsu” yang bermakna, apa jua barang kalau dibeli dangan harga murah, apa jaminan yang kita akan dapat? sudah tentu tahap qualitinya rendah..bukan!. Dalam jual beli kereta sekali pun, jangan terlampau kita mendesak penjual untuk membeli kereta dengan harga yang murah, kerana sudah tentu kita akan mendapat kereta yang kurang qualitinya (You Get what You Pay!), dan tidak mustahil anda akan ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawap, menukar dengan komponen  gantian yang terpakai atau kurang kualitinya . Belum genap setahun memakai, kereta yang dipandu rosak, terpaksa dibaiki dan akhir sekali kita akan mengeluarkan sekali lagi duit untuk kereta yang baru dibeli, dan  bila dikira cost yang dikeluarkan menjadi sama dengan harga kereta yang mahal sedikit.Apa salahnya kita membeli sedikit mahal, tapi kita menang memakai berpuluh tahun lamanya. Memang tidak boleh dinafikan setiap orang ingin membeli dengan harga murah apa sahaja barangan,untuk menjimatkan wang, tapi cuba kita renung/fikirkan balik pesanan Mr Takada, ada benarnya bukan?

Barang baik/ berqualiti tinggi = harga tinggi

Barang berqualiti rendah = harga rendah

Barang berqualiti tinggi ≠ harga rendah

Kata- kata nasihat dari Mr.Takada ni amat berguna untuk siapa sahaja, terutama bagi saya sebagai rakan kongsi yang masih baru dalam bidang perniagaan ini, pengalaman nya yang cukup luas bukan sahaja dalam bidang automotive, jual beli kereta, malah dalam bidang pelaburan hartanah juga. Saya cukup bertuah dapat berganding bahu dengannya dalam perniagaan ini, kerana sedikit sebanyak ilmu  dan nasihat yang tidak ternilai dari beliau dapat saya kumpul dan praktikkan sehingga saya sendiri dapat membina kekayaan seperti beliau..insyallah.

Created by : Rosidah , 2009-12-09