Home :: FAQ

Soalan-soalan lazim

Permulaan proses kerja

Q : Apakah yang perlu saya lakukan jika ingin membawa barangan pulang ke negara asal?
A : Pertamanya, anda perlu menyatakan negara yang hendak dituju, jenis barangan yang akan dihantar dan seterusnya hubungi pihak kami untuk penilaian kuantiti barangan dan kos. Setelah dipersetujui dengan harga yang ditawarkan, proses pengisian borang berkaitan (rujuk Perkhidmatan)akan dijalankan.

Pengemasan dan pembungkusan

Q : Adakah pihak tuan menawarkan perkhidmatan pengemasan dan pembungkusan?
A : Ya, pihak kami ada menyediakan perkhidmatan tersebut diatas permintaan. Bayaran minimal akan dikenakan berdasarkan jumlah barangan yang dikemas dan dibungkus.

Penghantaran barangan dari rumah ke pelabuhan

Q : Adakah harga pemindahan barangan berbeza bagi mereka yang tinggal diluar kawasan Sapporo?
A : Ya, bergantung pada jarak diluar Sapporo. Kos pengangkutan akan bertambah sedikit dengan pertambahan jarak diluar Sapporo.

Q: Bolehkah saya menghantar sendiri barangan saya ke pelabuhan?
A : PPihak pelanggan adalah tidak digalakkan untuk menghantar barangan sendiri ke pelabuhan. Pihak yang tidak dikenalpasti adalah dilarang dari memasukki kawasan pelabuhan. Hanya pihak yang dikenalpasti dibenarkan untuk memasuki kawasan pelabuhan.

Kontena

Q : Bolehkan saya berkongsi kontena?
A : Ya, anda boleh berkongsi kontena sehingga seramai 3 orang pada sesuatu masa. Perlu diingatkan masalah berhubung "clearance" dengan pihak kastam mungkin timbul.

Q : Adakah harga akan menjadi lebih murah jika saya berkongsi kontena?
A : Ya, kos sewaan kontena boleh dibahagikan dikalangan rakan kongsi.
Q : Apakah saiz kontena terkecil yang ada disediakan?
A : Pada masa ini hanya terdapat 2 saiz kontena iaitu 20 kaki dan 40 kaki sahaja.

Penghantaran kenderaan

Q : Adakah jenis dan model kenderaan mempengaruhi kos keseluruhan?
A : Tidak, sebaliknya saiz kenderaan akan mempengaruhi saiz kontena yang ditempah. Jika sebuah kenderaan beserta sedikit barangan, kontena 20 kaki mungkin mencukupi, tetapi jika saiz kenderaan besar dan banyak barangan, kontena saiz 40 kaki adalah dicadangkan.Saiz kontena yang berbeza akan mempengaruhi kos keseluruhan.

Q : Apakah prosedur tambahan untuk penghantarn kenderaan?
A : Pihak anda perlu mengisi borang seperti di para no. 5 dan seterusnya urusan berkaitan akan diuruskan oleh pihak kami.

Q : Berapa buah kenderaankah yang boleh dimuatkan kedalam sesuatu kontena?
A : Bergantung kepada saiz kontena. Umumnya kontena saiz 20 kaki boleh memuatkan sebuah kenderaan manakala kontena saiz 40 kaki boleh memuatkan 2 buah kenderaan pada sesuatu masa.

Q : Adakah pihak tuan menyediakan perkhidmatan sewaan kereta selepas kenderaan dihantar?
A : Ya, pihak kami ada menyediakan perkhidmatan sewaan kereta pada harga yang berpatutan.

Perkhidmatan selepas ketibaan di pelabuhan destinasi.

Q : Adakah pihak tuan menyediakan perkhidmatan selepas ketibaan di pelabuhan destinasi dan penghantaran barangan kerumah?
A : Pada masa kini, pihak kami belum lagi menawarkan perkhidmatan tersebut.

Q : Bagaimanakah saya hendak menguruskan barangan saya apabila tiba di pelabuhan destinasi dituju?
A : Anda boleh menghubungi agen "forwarding" di Negara dituju untuk urusan selanjutnya.
Created by : Rosidah , 2009-10-09